LOADING

Milie Ocean Sdn Bhd

Siapa kami dan apa sebenarnya aktiviti kami?

Pengenalan Syarikat

Milie Ocean Sdn Bhd secara umumnya telah ditubuhkan pada 13hb Oktober 2016, merupakan sebuah syarikat yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai sebuah syarikat yang bertaraf bumiputera. Syarikat ini telah beroperasi berasaskan usaha gigih kakitangan syarikat ini sendiri yang terdiri daripada barisan pengurus-pengurus yang berdedikasi dan berpengalaman dalam bidang pembersihan awam, kutipan sisa pepejal, pembekalan bahan pengurusan pejabat, sistem pencegahan kebakaran dan peralatan kawalan api, dan penyediaan tenaga warga asing.

Barisan ini merangkumi bahagian Pengurusan, Pentadbiran, Kewangan dan Bahagian Operasi syarikat ini sendiri. Syarikat ini juga merupakan sebuah syarikat induk kepada Jaidie Enterprise. Diterajui oleh pengarah-pengarah yang sama dari Jaidie Enterprise iaitu Ramle Bin Ab Ghani dan Ayulastri Ishari dengan memegang saham sebanyak 50:50.

Merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan atas tujuan untuk memenuhi hasrat Kerajaan Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020, di mana syarikat-syarikat bumiputera mampu untuk bersaing dalam meningkatkan taraf ekonomi Negara Malaysia kepada satu peringkat yang bertaraf dunia.

Tujuan penubuhan Milie Ocean Sdn Bhd adalah bagi memperkuatkan lagi kedudukan syarikat dalam bidang perniagaan selari dengan keadaan semasa di mana Jaidie Enterprise bergabung bersama Milie Ocean Sdn Bhd bagi mengukuhkan lagi tawaran tender-tender syarikat kontraktor pembersihan kerajaan dan swasta.

Syarikat memfokuskan kepada bidang penyediaan tenaga kerja warga asing, sistem pencegahan kebakaran dan peralatan kawalan api, pembersihan bangunan, pejabat dan kawasan awam serta kutipan sisa pepejal.

Pelan Pentadbiran

✓ Visi Perniagaan
Visi perniagaan kami adalah untuk menjadi salah sebuah syarikat usahawan yang berjaya dalam bidang pembersihan awam, kutipan sisa pepejal, pembekalan bahan pengurusan pejabat, sistem pencegahan kebakaran dan peralatan kawalan api, dan penyediaan tenaga warga asing serta  perkhidmatan terbaik yang dapat memberi kepuasan dan memenuhi keinginan dan impian pelanggan-pelanggan kami.

✓ Misi Perniagaan
Misi perniagaan kami adalah untuk menjadi sebuah syarikat kontraktor pembersihan awam, kutipan sisa pepejal, dan pembekal yang terkenal di kalangan syarikat kontraktor yang lain dalam jangka masa sepuluh tahun yang akan datang.

✓ Objektif Penubuhan Syarikat
Untuk meluas, mengembang dan mempelbagaikan lagi skop perniagaan dalam pembersihan awam, kutipan sisa pepejal, pembekalan bahan pengurusan pejabat, pembekalan sistem pencegahan kebakaran, pembekalan warga asing, perkhidmatan dan penerimaan tender-tender kontraktor pembersihan kerajaan dan swasta. Wujudnya kami dalan bidang perniagaan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan, bekalan dan mutu kerja yang terbaik bagi memenuhi keinginan dan kepuasan hati pelanggan kami. Justeru itu, untuk mencapai taraf persembahan mutu kerja terbaik dan menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing, kami perlu memastikan kualiti perkhidmatan dan bekalan yang diberikan menepati citarasa dan keinginan pelanggan kami.

Kod Bidang Perniagaan

Kementerian Kewangan

PENDAFTARAN AKTIVITI PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM